SOLAT KAU MANA?

Good evening everyone. 
Sedang sibuk aku on off wireless broadband while sibuk dengan wechat, twitter, suddenly dapat idea untuk menaip entri kali ini.
Idea ni dapat pun disebabkan kejadian di wechat (Tak penting nak cerita details)

Well dah jadi trending untuk zaman sekarang untuk update dekat media sosial amal ibadah mereka. 
contoh ayat yang kita selalu baca 

"Done solat"
"Done baca quran"
"Done sedekah"
"Done berdoa" 


Aku sebenarnya tak agree dengan cara ni. Walaupun tak menganggu family atau jiwa raga aku, tapi aku rasa totally annoying. 


Tapi takpe itu hak masing masing. TAPI yang paling padu menusuk jiwa raga bila orang tu update pasal wishlist atau aktiviti dia which is dalam tu tak dimasukkan aktiviti ibadah terus tanya 'SOLAT KAU MANA?' 'BACA QURAN LAH' 'ALLAH DULU'

Ye, I'm agree benda benda di atas perlu diutamakan. But kita tak boleh nak terus hukum orang tu tak solat, tak baca quran, tak meletakkan Allah yang pertama sebab dia tak bagitahu dekat orang ramai?

Biarlah ibadah tu menjadi rahsia antara dia dan Allah.
Tak bermakna bila seseorang tak update pasal solat ataupun perkara perkara ibadah bermakna dia tak melakukan. Think positive. Mungkin dia cuma nak elak dari rasa riak dan takbur.

Entri ni untuk orang yang suka tanya benda kat atas. 
Jangan salah faham.
Renung renungkan.





Pergi


Aku yang melepaskan 
Aku yang terseksa

Penyeksaan buat sementara, 
penyeksaan yang bertahan dalam 3-4 bulan
Penyeksaan yang bakal berlalu pergi.

Kenapa perlu dipertahankan 
Jika tiada yang menjadi baik.

Kerana terikat dengan kenangan, 
dijadikan alasan untuk bertahan. 

Mesti bangkit dan hidup di dunia nyata
Datang dan pergi makanan manusia.

Aku bakal melupakan ini





Kat MALAYSIA ke aku?


Sekian lama aku tak menaip, akhirnya dapat juga waktu dan mood nak menaip balik.
Ni pun disebabkan dah habis exam spm, pastu jadi penganggur kat rumah.
ALRIGHT. FIRST OF ALL.
Aku sekarang dah duduk MELAKA. Pindah sini sebab parents dah pencen. So, 
Aku dah mohon lebih kurang 10 pekerjaan. Hanya ada 3 je yang kena dan tiga tiga tu tak kena. hahahaha faham tak? Kena tapi tak kena. Kahkah Let me explain

1. Kedai buku dalam UITM
Kerja ni memang perfect habis lah dengan aku, aku suka teramat sangat sangat.
Kerja dia memang lepak and sempoi habis. Abang yang offer tu pun sangat sempoi. Aku boleh layan lagu, movie, youtube, twitter and macam macam lagi, bila customer datang layan elok elok Jangan biadap. Yelah kan sebab situ kan tempat student belajar, jadi abang tu takut lah kalau student student sana complain pekerja dia biadap. TAPI masalah dia satu je, working hours dia dari jam 9 pagi - 5 ptg. 5 ptg - 12.30 MALAM. Haa macam mana tu? Hahaha aku pergi balik naik motor. UITM lendu tu takda lah jauh mana dari rumah, around 7-10 km kot. Tapi jalan dia, jalan kampung gelap sunyi and bengkok bengkok. So disebabkan itu aku terpaksa refuse kerja yang dah sedua ada :( 

2. KFC
Ni favourite Hariz, yang selalu cakap "Akak kerja lah kfc, boleh bawa ayam balik tiap tiap hari".
Aku dapat pun sebab abang sedara aku Firdaus, kawan dia manager KFC. So ambil borang isi pastu dapat lah. Kat sini ada masalah besar which is aku kena tight in baju dan tudung. KRIK KRIK KRIK KRIK. Aku bukan jenis yang boleh tight in tudung or baju sebab (DO I NEED TO EXPLAIN?) if yes contact me. HAHAHAHAHAHAHAHA 

3. SPEEDMART ( AS A CASHIER)
Ni dapat pun sebab orang dalam gak. Hahaha abang sedara aku IWAN. Kawan dia manager JUGAK. Jangan cakap lah, I am the only girl yang kerja situ. Hahaha sebab kedai tu tak buka lagi, so seminggu pertama aku kerja just nak loading barang and letak tanda harga je. Even semua lelaki tapi diorang memang sangat sempoi and respect me. So aku okay je sampailah ke petang bila HQ dari KL turun minta aku tight in baju and tudung. So aku try discuss dengan diorang minta excuse tapi diorang berkeras say no and siap tanya "Kenapa ada masalah ke kalau tight in tudung and baju?" (Fyi, HQ tu lelaki and islam) and I WAS LIKE ( ERM KAU MUSLIM AKU MUSLIM TAK PERLU NAK TERANG) hahaha tapi tu dalam hati jelah. HAHAHAHAHAHA  . And kedai tu jual arak. 

Sebab tu tittle kali ni 'Kat MALAYSIA ke aku?' sebab aku tak rasa macam dekat negara MALAYSIA yang ada umat islam ramai. Sebab kerja semua dah macam dekat overseas.

Kesimpulannya aku kena menganggur dan duduk rumah lagi jalankan rutin harian seperti biasa.
So korang doakan lah aku dapat kerja yang bersesuaian dengan diri ni. Aamiin