SOLAT KAU MANA?

Good evening everyone. 
Sedang sibuk aku on off wireless broadband while sibuk dengan wechat, twitter, suddenly dapat idea untuk menaip entri kali ini.
Idea ni dapat pun disebabkan kejadian di wechat (Tak penting nak cerita details)

Well dah jadi trending untuk zaman sekarang untuk update dekat media sosial amal ibadah mereka. 
contoh ayat yang kita selalu baca 

"Done solat"
"Done baca quran"
"Done sedekah"
"Done berdoa" 


Aku sebenarnya tak agree dengan cara ni. Walaupun tak menganggu family atau jiwa raga aku, tapi aku rasa totally annoying. 


Tapi takpe itu hak masing masing. TAPI yang paling padu menusuk jiwa raga bila orang tu update pasal wishlist atau aktiviti dia which is dalam tu tak dimasukkan aktiviti ibadah terus tanya 'SOLAT KAU MANA?' 'BACA QURAN LAH' 'ALLAH DULU'

Ye, I'm agree benda benda di atas perlu diutamakan. But kita tak boleh nak terus hukum orang tu tak solat, tak baca quran, tak meletakkan Allah yang pertama sebab dia tak bagitahu dekat orang ramai?

Biarlah ibadah tu menjadi rahsia antara dia dan Allah.
Tak bermakna bila seseorang tak update pasal solat ataupun perkara perkara ibadah bermakna dia tak melakukan. Think positive. Mungkin dia cuma nak elak dari rasa riak dan takbur.

Entri ni untuk orang yang suka tanya benda kat atas. 
Jangan salah faham.
Renung renungkan.





0 Kata orang:

Catat Ulasan

Ye? Ada tak puas hati? Ingin berkata? Cehh, macam iklan. Hahaa