DEBARAN 3/3/2015


Lama juga tak menaip and berceloteh even dah ada wifi.
Aku kerap berangan lah nak cerita tu ini kat korang, tapi masalahnya aku takda mood nak menaip -_-
Yah, takda mood.

Well, as you know aku ni masih spm, kiranya selasa 3/3 ni keluarlah result aku.
BERDEBAR MAK OI TAK TERKATA.
Kalau hampa semua dok sebelah aku rasanya boleh dengar kot jantung aku ni dup dap dup dap.
Hahahahaha
Aku sebenarnya tak terfikir langsung or nervous dengan syarat takda siapa ingatkan lah
TAPI bila buka wechat, instagram and twitter semua ingatkan

Paling sadis bila orang ws, comment kat photo and status aku '3/3' HAHAHAHA
Sengaja diorang nak menghancurkan mood aku.

Tak yakin lah dengan result sebab paper account haritu bila ingat still lagi frust menonggeng tertonggeng. HAHAAHAHAHAHAHA

Tapi aku cuma mampu berdoa and tenangkan hati Whatever my result, whether is it bad or not, rezeki kat mana mana. Kalau teruk, aku ikhtiar cara lain untuk sambung belajar. Yang penting usaha.

Abah and family belah mak cakap kalau result tak ok depa suruh aku kahwin. HAHAHAHAHAHA OK NI BENGONG TERAMAT. Tapi depa gurau jela.
Abah siap cakap "Ok abah letak duit hantaran 30K sebab abah nak buat awning" haha

Ok semua atas ni diorang gurau je.
Doakan result aku cemerlang kepujian tertinggi yayyyy AAMIIN.

Kalau tak dapat good result aku still akan update and bagitahu semua.
Rezeki kat mana mana kan, tak Berjaya dalam SPM kita cuba cara lain.







BAD SERVICE FROM ZAPCITY

Yes, I got bad service from ZAPCITY dekat Melaka ni.

Almost 2 weeks aku lulus ujian L and almost everyday aku call diorang tanya status lesen L, last last harini cakap 'Kena hantar keputusan dulu '

I was like 'WHAAAAT?' 
Aku pergi buat ujian komputer tu sendiri, and lepas je siap Ujian komputer tu aku call lah counter 'service' diorang ni sebab nak tanya lah, whether my result ni kena hantar kat zapcity ke, and that time dia cakap 'Takpayah, kami ada salinan tu dari my eg' So aku pun OK la

Sekarang cakap macam ni pula? Hahahahahahaha rasa nak gelak guling guling.
Sebenarnya tak minta banyak pun, kau cakap jelah 'sorry dik, akak salah bagitahu haritu' thats all.
PERMOHONAN MAAF yang aku minta. Bukan kau avoid mengaku salah.

Lepas dia cakap macam tu, aku takleh tahan lah kan. Kang ada yang kena maki direct dekat phone, so aku pass je phone dekat my mom. My mom cool sikit bab bab camni.

Bukan ni je tau bad service dia. 
Tak percaya kau sediakan 2 orang. 
Satu remaja , satu lagi dewasa. Pastikan suara remaja tu memang kebudak budakkan macam aku and suara dewasa tu memang matang.
Pastu kau call lah and tanya je apa apa. Tengok 2 layanan yang berbeza sangat
Kalau budak macam aku yang call memang nak taknak layan, jawab pun 'ye, ha, okay'
Intonasi suara tu memang biadap lah.

Aku sebagai customer tak suka benda macam ni.
Kau dah buat salah, mengaku jela. Takpayah nak tegakkan benang yang basah.

I HAVE NO CHOICE OK.
Kalau kat KL memang berlambak pusat memandu yang service memang TIP TOP ON THE TOP.
Sini ada pun detik erat and zapcity. And aku paling dekat dengan zapcity.
So lucky on you ZAPCITY dapat customer yang macam aku.

Aku harap pihak pengurusan buat sesuatu untuk mantapkan lagi service yang disediakan.

SEKIAN 





SOLAT KAU MANA?

Good evening everyone. 
Sedang sibuk aku on off wireless broadband while sibuk dengan wechat, twitter, suddenly dapat idea untuk menaip entri kali ini.
Idea ni dapat pun disebabkan kejadian di wechat (Tak penting nak cerita details)

Well dah jadi trending untuk zaman sekarang untuk update dekat media sosial amal ibadah mereka. 
contoh ayat yang kita selalu baca 

"Done solat"
"Done baca quran"
"Done sedekah"
"Done berdoa" 


Aku sebenarnya tak agree dengan cara ni. Walaupun tak menganggu family atau jiwa raga aku, tapi aku rasa totally annoying. 


Tapi takpe itu hak masing masing. TAPI yang paling padu menusuk jiwa raga bila orang tu update pasal wishlist atau aktiviti dia which is dalam tu tak dimasukkan aktiviti ibadah terus tanya 'SOLAT KAU MANA?' 'BACA QURAN LAH' 'ALLAH DULU'

Ye, I'm agree benda benda di atas perlu diutamakan. But kita tak boleh nak terus hukum orang tu tak solat, tak baca quran, tak meletakkan Allah yang pertama sebab dia tak bagitahu dekat orang ramai?

Biarlah ibadah tu menjadi rahsia antara dia dan Allah.
Tak bermakna bila seseorang tak update pasal solat ataupun perkara perkara ibadah bermakna dia tak melakukan. Think positive. Mungkin dia cuma nak elak dari rasa riak dan takbur.

Entri ni untuk orang yang suka tanya benda kat atas. 
Jangan salah faham.
Renung renungkan.





Pergi


Aku yang melepaskan 
Aku yang terseksa

Penyeksaan buat sementara, 
penyeksaan yang bertahan dalam 3-4 bulan
Penyeksaan yang bakal berlalu pergi.

Kenapa perlu dipertahankan 
Jika tiada yang menjadi baik.

Kerana terikat dengan kenangan, 
dijadikan alasan untuk bertahan. 

Mesti bangkit dan hidup di dunia nyata
Datang dan pergi makanan manusia.

Aku bakal melupakan ini





Kat MALAYSIA ke aku?


Sekian lama aku tak menaip, akhirnya dapat juga waktu dan mood nak menaip balik.
Ni pun disebabkan dah habis exam spm, pastu jadi penganggur kat rumah.
ALRIGHT. FIRST OF ALL.
Aku sekarang dah duduk MELAKA. Pindah sini sebab parents dah pencen. So, 
Aku dah mohon lebih kurang 10 pekerjaan. Hanya ada 3 je yang kena dan tiga tiga tu tak kena. hahahaha faham tak? Kena tapi tak kena. Kahkah Let me explain

1. Kedai buku dalam UITM
Kerja ni memang perfect habis lah dengan aku, aku suka teramat sangat sangat.
Kerja dia memang lepak and sempoi habis. Abang yang offer tu pun sangat sempoi. Aku boleh layan lagu, movie, youtube, twitter and macam macam lagi, bila customer datang layan elok elok Jangan biadap. Yelah kan sebab situ kan tempat student belajar, jadi abang tu takut lah kalau student student sana complain pekerja dia biadap. TAPI masalah dia satu je, working hours dia dari jam 9 pagi - 5 ptg. 5 ptg - 12.30 MALAM. Haa macam mana tu? Hahaha aku pergi balik naik motor. UITM lendu tu takda lah jauh mana dari rumah, around 7-10 km kot. Tapi jalan dia, jalan kampung gelap sunyi and bengkok bengkok. So disebabkan itu aku terpaksa refuse kerja yang dah sedua ada :( 

2. KFC
Ni favourite Hariz, yang selalu cakap "Akak kerja lah kfc, boleh bawa ayam balik tiap tiap hari".
Aku dapat pun sebab abang sedara aku Firdaus, kawan dia manager KFC. So ambil borang isi pastu dapat lah. Kat sini ada masalah besar which is aku kena tight in baju dan tudung. KRIK KRIK KRIK KRIK. Aku bukan jenis yang boleh tight in tudung or baju sebab (DO I NEED TO EXPLAIN?) if yes contact me. HAHAHAHAHAHAHAHA 

3. SPEEDMART ( AS A CASHIER)
Ni dapat pun sebab orang dalam gak. Hahaha abang sedara aku IWAN. Kawan dia manager JUGAK. Jangan cakap lah, I am the only girl yang kerja situ. Hahaha sebab kedai tu tak buka lagi, so seminggu pertama aku kerja just nak loading barang and letak tanda harga je. Even semua lelaki tapi diorang memang sangat sempoi and respect me. So aku okay je sampailah ke petang bila HQ dari KL turun minta aku tight in baju and tudung. So aku try discuss dengan diorang minta excuse tapi diorang berkeras say no and siap tanya "Kenapa ada masalah ke kalau tight in tudung and baju?" (Fyi, HQ tu lelaki and islam) and I WAS LIKE ( ERM KAU MUSLIM AKU MUSLIM TAK PERLU NAK TERANG) hahaha tapi tu dalam hati jelah. HAHAHAHAHAHA  . And kedai tu jual arak. 

Sebab tu tittle kali ni 'Kat MALAYSIA ke aku?' sebab aku tak rasa macam dekat negara MALAYSIA yang ada umat islam ramai. Sebab kerja semua dah macam dekat overseas.

Kesimpulannya aku kena menganggur dan duduk rumah lagi jalankan rutin harian seperti biasa.
So korang doakan lah aku dapat kerja yang bersesuaian dengan diri ni. Aamiin